Punca Kulit Kemerahn, Gatal, Kering dan Berbintik

Assalammualaikum!

Eh2, dah puas cuti ke semua? Alhamdulillah, hari nie dengan rasminya aku naik kerja after seminggu lebih cuti sempena CNY. Macam aku yang sambut eh cuti lama sangat, padahal company tutup from 17th February until 24th February 2015. Heaven tak? mestilah heaven! 

Ok. let proceed dengan tajuk entry aku kali ni. As usual setiap wanita dekat luar sana mesti mengalami masalah kulit kering, kemerahan, gatal and last end up dengan berbintik kemerahan. Ok, actually, itulah masalah yang aku hadapi sekarang. Aku hadapi masalah nie dah almost 1 week start aku cuti CNY hari tue. Kulit muka dah rasa kering, then panas secara tiba-tiba. Selang beberapa hari macam tue, muka dah start rasa miang and tak selesa. Cuaca dekat melaka plak tak menentu. Dengan cuaca yang panas terik tak ada hujan, kau bayangkanlah macam mana even masa di kampung pun aku jarang berjemur or buat aktiviti luar. Banyak menghabiskan masa dalam rumah je kan. Of courselah mesti aku tak selesa dengan kulit kering, miang and gatal sometime. Memang mempengaruhi aktiviti and mood aku sendiri. Puncanya aku sendiri tak tau, mungkin disebabkan kurang minum air masak, produk kecantikkan yang aku gunakan or disebabkan supplement yang aku makan menyebabkan perubahan kulit muka. 

So disebabkan masalah nie, aku nak share sikit sebab dan punca macam mana masalah nie boleh berlaku especially di kalangan wanita. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Sebab tue kita kena kenal pasti jenis kulit sebelum mengunakan apa-apa produk kecantikkan.

Punca-puncanya ialah :

1. Terlalu banyak menggunakan set produk. Individu yang kadang-kadang gemar untuk menukar kebiasaanya mudah terpedaya dan tertarik dengan iklan-iklan atau pengaruh daripada kawan. Kita biasalah, bila tengok kawan pakai produk A nie, mesti automatik ko akan tanya kan, " eh, kau pakai produk apa ea? tengok kulit kau lain la berbanding dulu dengan sekarang! Sekarang nie lebih gebu, mulus, licin gittuw! Share la sikit". So dengan bangganya kawan kau pun share la pasal produk yang dia gunakan. Tapi masalahnya sekarang nie ialah seperti aku mention sebelum nie, lain orang lain jenis kulit. So korang jangan accept setiap kulit sama. Sebab kita tak tau condition and bahan kimia yang ada dalam produk tersebut. Sesuatu produk yang menghasilkan bahan kimianya yang tersendiri akan berpindah ke kulit kita and akan meninggalkan kesan yang kekal di permukaan wajah.Ia akan menyebabkan sel kulit menjadi tidak stabil dan mudah rosak.

2. Terlalu banyak mengunakan set produk. Contoh ea, kalau satu hari tue kita pakai dalam 5 or 6 jenis produk, umpama kulit kita akan menerima hampir 100 jenis bahan kimia yang berbeza yang kita sendiri pun tak tau, janji asal cantik and licin. Maka tidak hairanlah kalau kulit kita akan berubah menjadi kemerahan, berasa panas, gatal dan mengeluarkan bintik-bintik merah. Ini adalah situasi yang aku hadapi sekarang. Tapi dari sini, untuk pengetahuan korang, aku hanya pakai satu produk sahaja. And memang tak pernah tukar produk yang lain. Aku sendiri pun musykil sebenarnya. Mungkin produk yang aku gunakan tue dah terlalu lama digunakan atau mungkin sebab lain. Masalah nie, aku kena refer dengan doktor specialist aku sendiri. Insyallah by this week, akan jumpa Dr.Yap sendiri untuk tau punya sebenar. Nanti aku akan share dengan korang after jumpa Dr.Yap untuk next entry after terima treatment ok.

3. Pernah menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia yang terlalu tinggi untuk mendapatkan hasil yang begitu cepat. Serius memang korang akan happy bila ada perubahan yang ketara, tapi korang kena ingat bahan kandungan kimia yang dorang gunakan sehingga menyebabkan perubahan yang ketara akan menyebabkan kulit muka tidak akan bertahan dengan lama.

4. Kulit yang bertoksin. Kulit yang bertoksin juga adalah salah satu punca masalah kulit senstitif yang berlaku di kalangan wanita di malaysia nie. Ia disebabkan mungkin perubahan cuaca or terdedah dengan matahari yang terlalu lama kan. Toksin dari dalam tubuh badan keluar ke permukaan kulit melalui liang peluh then akan bercampur dengan bahan aktif yang tinggi kimianya daripada produk menyebabkan tindak balas berlaku.  Bukan tue saja ye korang, bila ada tindak balas berlaku, terjadinya radang di permukaan kulit, kapilari menjadi pecah, kulit menjadi terhakis dan menipis. Takutkan bila dengar. Sel kulit yang rosak menyebabkan kita akan gatal-gatal apabila terdedah dengan angin or panas.

5. Kurang penjagaan kulit muka. Asasnya aku rasa, korang mesti tahu kan, kita mesti menjaga kulit luaran agar lebih bersih, dan memastikan lebih segar. Untuk lebih segar, korang boleh apply lah krim yang berasaskan aloe verra. Tapi pastikan isi kandungan krim tersebut, jangan pakai muat je. Kadang-kadang perangai orang malaysia nie, nampak je tulisan ALOE VERRA, terus grab macam tue before baca isi kandungan. So lepas nie before beli certain-certain produk kecantikkan, korang buatlah homework dulu. Bacalah sekejap caption dekat belakang produk tue, tak salah and tak kena tangkap pun if korang baca dulu kan. Bukannya korang nak mencuri, gunakan hak korang sebagai pengguna.


So korang lepas nie hati-hati bila membeli produk ok. Bye!

Comments

  1. Isy ngeri bila bayangkan kita apply banyak chemicals pada muka..huhu. Sebab tu memang kena beli produk yang dijamin selamat dan paling bagus naturals kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!